Saturday 25 March 2017

TAHNIAH ! SEKITAR MAJLIS PERASMIAN HOUSEBOAT PERMATA KENYIR 2


Alhamdulillah ... Berkat sokongan dan sambutan terus - menerus atas perkhidmatan Permata Kenyir Houseboat 1 yang begitu hangat, kini legasi pelancongan di Tasik Kenyir diteruskan lagi dengan pembukaan kedua ; Permata Kenyir Houseboat 2. 

Majlis perasmian dan pembukaan telah diadakan pada 12 March 2017 di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir Terengganu.  

Jom preview kemeriahan sambutan pembukaan ni ...


Majlis dirasmikan oleh Tuan Haji Ibrahim Che Said dan isteri ; Hjh Hapsah Ahmad.
Sekalung Tahniah dari Team!


Majlis dimeriahkan dengan kehadiran tetamu terdekat dan kaum keluarga rapat

 






masing - masing tengah syiokk menjamu selera

menu boleh puji! hehe....
Sehingga berjumpa lagi ! - Crew
Didoakan semoga perkhidmatan houseboat Permata Kenyir terus cemerlang dan mencapai tahap kepuasan pelanggan yang tertinggi. Begitu juga dengan layanan staf dan krew bertugas. Kepuasan pelanggan keutamaan kami !
Sehingga berjumpa lagi .





Thursday 4 February 2016

SALAM 2016 !

Buat pelanggan - pelanggan Permata Kenyir Houseboat, terima kasih kerana masih menyokong dan memilih perkhidmatan kami.  Segala komen/cadangan yang kami terima selama ini amat dititikberatkan bagi meningkatkan mutu dan perkhidmatan. Diharapkan, jangan serik untuk bertandang ke Permata Kenyir Houseboat lagi !!! Salam 2016 !!!

Saturday 2 May 2015

Trip team QE ke Sg. Tembat

Salam 2015

Entri kali ini berkisarkan lawatan Qiqa Enterprise pula menjelajah Tasik Kenyir. Kali ini, misi lawatan dan percutian adalah untuk mencari ikan sebanyak mungkin. hehe...... jadi, pada 24 -26 March 2015 yang lalu dan seperti kebiasaannya, rombongan dipandu arah oleh Kapten bot, Sabawi dan assistantnya , Mr. Aring.

Jom kita throwback moment2 best sepanjang percutian kali ini ...


Day 1 : Ucapan dulu-duluan oleh Owner Permata Kenyir Houseboat ; En Ibrahim kepada kru warga kerjanya serta diiringi bacaan doa agar dipermudahkan urusan sepanjang perjalanan menuju destinasi.

Bersedia untuk memulakan percutian? yess, we've get go !!!

Haa, disamping tu, mohle kita tinjau kelengkapan apa yang ada untuk pakej makan - makan atas houseboat nie...

set kelengkapan BBQ terjamin akan kebersihannya, umpan mengail dan sangkar ikan turut disediakan di atas houseboat. 

Sebelum sampai destinasi, santai-santai dulu cuci mata dengan keindahan Tasik Kenyir di bahagian deck atas houseboat.

Dah penat-penat jamu mata, part yang paling best adalah jamu perut lak... kat atas houseboat ni, customer boleh pilih samada nak masak sendiri (standard package) ataupun ambil pakej makan  (special package) yang semestinya chef dan menu-menu istimewa disediakan.
Bayangkan , makan ramai-ramai sambil dikelilingi suasana keindahan tasik memang fuhhhhh ...

tengok tu, untuk customer yang decide untuk masak sendiri, tak perlu risau kerana semua peralatan memasak sudah cukup lengkap di houseboat.  Peralatan seperti pinggan mangkuk, rice-cooker, periuk belanga dan sudip bagai sudah menanti sentuhan tangan anda. hehe... Meja dan kerusi untuk bersantap juga disediakan di ruang makan.


ini antara variasi santapan makan-makan kami untuk tengahari itu, dari menu masak lemak hinggalah pelengkap rasa; sambal belacan dan juga pencuci mulut seperti tapai dan tembikai... terbaikkk ~~



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------




dah hampir sampai ke destinasi ... santai-santai hirup udara segar :)




sampai je, boleh lontar pancing ~~~


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Cerita malam hari pula alkisahnya ~~ selain dari memancing, aktiviti untuk meningkatkan kerohanian juga boleh diadakan.  Ruang jemaah untuk bersolat dan sesi kuliah terjamin akan keselesaannya untuk para pengunjung houseboat.

sesi kuliah maghrib disampaikan oleh Ustaz Din Al-bayasi.


Day 2 : Jom throwback lagi ~~~


Morning ! nasi lemak santapan pagi ni.


sambil-sambil makan, ikan dah makan umpan! lepas je isi perut, sesi mandi-manda bermula.
bukan main seronok masing-masing berendam air sejuk!
dah penat mandi, balik semula ke houseboat. 
Aktiviti malam ke-2, seperti biasa akan diadakan kuliah maghrib dan malamnya pula kami menikmati juadah BBQ. mehla tengok kemeriahan bermalam di houseboat pula... pasti menjanjikan kelainan dengan percutian di tempat lain.


semua berkumpul di hadapan deck houseboat dan khusyuk mendengar isi kuliah.

BBQ session. memang best ! kanak-kanak pon terasa akan kemeriahannya.







  • Day 3 : Hari untuk bertolak pulang... hari ni merupakan penentuan pertandingan memancing bagi kategori berikut : Tangkapan Ikan Terawal & Tangkapan Ikan Terbesar . Oleh itu, bagi yang tidak menang bolehlah bergaya dengan tangkapan yang sudah ada. haha....

asst. capten boat : aring dengan hasil tangkapannya

Post bersama hasil tangkapan. Nampaknya pemancing wanita turut menunjukkan minat & kebolehan dengan hasil tangkapan terkecil. ( tagline beliau : siapa kata wanita cantik tak boleh mancing ?) hihihii......
Luncheon for the last day : Nasi Ayam nyum3 ...
Bila perut dah kenyang, bolehlah menyumbangkan suara masing-masing untuk sessi karaoke. 

Bakal peserta Kilauan Emas 6 menunjukkan bakat masing-masing. 

Sementara sampai ke jeti Pengkalan Gawi untuk bertolak pulang, ambil kesempatan menyiang ikan-ikan yang diperolehi.  
sebahagian rezeki yang diperolehi. Alhamdulillah ...
Nampaknya setakat ini saja entri untuk kali ini, sehingga berjumpa lagi !










Wednesday 2 October 2013

Dah Rancang Cuti Anda ???

Dah rancang cuti anda ? Jom intai keindahan Tasik Kenyir bersama kami sempena Tahun Melawat  Terengganu 2013 !

Tuesday 24 September 2013

Merdeka Trip

Merdeka Trip ~ 31.8.2013 - 2.9.2013 bersama rombongan orang2 Pahang.. jom tinjau aktiviti-aktiviti mereka bersama Permata Kenyir Houseboat..




Mandi Waterfall!



View of Tasik Kenyir


Ready to take a tour?



Ramai-ramai nak p mandi..


Mancing pulak..

Dinner sambil bbq 


Layan Karaoke


hehe..dapat ikan akhirnye





Trime kasih daun keladi, next trip belayarlah bersama Permata Kenyir Houseboat laee.. time kasih orang-orang Pahang. hingga ketemu nanti.!!