Explore Tasik Kenyir



Tasik Kenyir yang terletak di hulu Sungai KenyirTerengganumerupakan tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara. Tasik ini seluas 2,600 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil.


Semenjak kewujudan empangan di sini, kawasan sekitarnya terutama Kuala Berang telah mula dikenali oleh orang ramai baik dari dalam mahupun luar negeri. Tasik ini merupakan tempat pelancongan popular di Terengganu semenjak kewujudannya. Ia siap dibina pada 1988.


Tasik Kenyir telah menenggelamkan beberapa buah kampung dan juga hutan. Banyak haiwan liar telah diselamatkan semasa pembinaan empangan ini. Kawasan ini memang kaya dengan flora & fauna sebab kawasan ini dulunya adalah hutan.Pembinaan empangan ini telah mewujudkan pulangan ekonomi kepada penduduknya yang majoritinya adalah petani. Secara tidak langsung, penduduk di sini dapat menaikkan taraf sosial masing-masing.

                                                  Pic Source : Blog Farrah





Sejak dari tu Kuala Berang di kenali dengan jolokan nama Bandar Bawah Tasik..
Tasik ini terdiri daripada 340 buah pulau di tengah tasik, 14 air terjun, beberapa jeram serta sungai, gua & Tasik Kenyir sememangnya menyimpan ribuan khazanah alam yang berharga.
Tasik Kenyir dan hutan belantara di sekelilingnya menjadi rumah bagi lebih daripada 8,000 spesies bunga, 2,500 spesies pokok dan tumbuhan termasuk 800 spesies orkid dan 300 spesies kulat.Kajian terkini mendapati terdapat kira-kira 300 spesies ikan air tawar membiak di dalam Tasik Kenyir...Tasik Kenyir juga merupakan pintu masuk ke taman negara..

Banyak aktiviti boleh dilakukan di sini..antara yang paling popular adalah aktiviti memancing..sememangnya tasik ini menjadi destinasi bagi kaki2 pancing..biasanya ikan kelah & ikan toman yang menjadi tarikan bagi kaki pancing ni.


 credit to : Blogger Urang Ulu


Tempat - tempat menarik di Tasik Kenyir (Kenyir Lake)             


Terdapat pelbagai destinasi menarik yang perlu dikunjungi di Tasik Kenyir ini. Pulau bersejarah ini menjanjikan bermacam-macam tempat sehingga memukau pandangan mata dan minda pengunjung. Antaranya ialah :                                                                                           



Gua Bewah & Gua Taat
Taman Rama-Rama
Pulau Herba 

Pelbagai destinasi air terjun seperti Saok Waterfalls, Lasir Waterfalls.
Kelah Sanctuari di Sungai Petang
Fishing spot di Sungai Cacing, Leban, Petuang, Saok dan banyak lagi

Taman Burung


Untuk pengetahuan lebih lanjut , pengunjung bolehlah mendapatkan maklumat tentang Tasik Kenyir ini di :

Pusat Penerangan Pelancongan
Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir
21700 Terengganu, Malaysia
No. Telefon: 09-6267788, 09-8223100

No comments:

Post a Comment