Jom singgah lihat-lihat sekitar ruang dalaman houseboat beserta dengan kelengkapan yang disediakan.
Tingkat atas ( Upper deck)
- Bilik VIP 1 & VIP 2 (VIP Room)
&
- Bilik VIP 1 & VIP 2 : Terdapat sebuah katil double-storey untuk setiap bilik. Bilik ini sesuai untuk penginap yang inginkan privasi/keselesaan tanpa gangguan.
2. Dorm 1 & Dorm 2
- Dorm 1 & Dorm 2 : Terdapat empat buah katil double-storey untuk setiap bilik. Dilengkapi dengan kipas dinding untuk keselesaan pengunjung.
3. Ruang solat untuk berjemaah ( Prayer Corner)
Ruang solat terletak di hadapan deck ( tingkat atas) houseboat. Ianya sesuai untuk pengunjung terutama 'big family' bersolat secara berjemaah atau bersendirian.
3. Ruang santai (Hall Corner)
- Ruang santai juga terletak di tingkat atas houseboat. Pengunjung boleh merehatkan mata dengan melihat sekitar pemandangan yang menarik di Tasik Kenyir sepanjang perjalanan ke destinasi.
Tingkat Bawah (ground deck)
- Dapur dan ruang makan (pantry)
jom tinjau di bahagian dapur pula....
- Dapur dan kabinet disediakan untuk aktiviti memasak .
- (p/s : Perlu diingatkan ianya merupakan Self-Cooking Concept serta bahan mentah untuk memasak tidak disediakan pihak houseboat kecuali untuk fULL PACKAGE).
jom tinjau ruang bilik meeting/santai...
- Ruang ini dilengkapi sekaligus dengan tv (astro), set karaoke dan kipas dinding. Suasana bilik yang kondusif untuk perbincangan ataupun untuk santai-santai berkaraoke bersama keluarga.
3. Dua unit tandas (washroom) juga disediakan. Setiap unit dilengkapi dengan bilik mandi sekaligus.
- (p/s : Pengunjung diminta membawa kelengkapan mandian/toiletries sendiri kerana ianya tidak disediakan)
4. Tempat Memancing (open fishing area)
- Ruang memancing terletak di hadapan dan di sekitar houseboat.
Diharapkan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan pihak kami mencapai keselesaan anda semasa bercuti.
menarik! :)
ReplyDeleteinsyallah cik ibrahim . saya akan datang bulan 5 ni bersama kawan2 .
ReplyDeleteinsyaAllah... kami amat berbesar hati utk menerima kunjungan encik.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteDekat sana memang tiada line telefon ke??
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam
ReplyDelete..jika saya tempah raya keduaboleh tak?