Salam 2015
Entri kali ini berkisarkan lawatan Qiqa Enterprise pula menjelajah Tasik Kenyir. Kali ini, misi lawatan dan percutian adalah untuk mencari ikan sebanyak mungkin. hehe...... jadi, pada 24 -26 March 2015 yang lalu dan seperti kebiasaannya, rombongan dipandu arah oleh Kapten bot, Sabawi dan assistantnya , Mr. Aring.
Jom kita throwback moment
2 best sepanjang percutian kali ini ...
|
Day 1 : Ucapan dulu-duluan oleh Owner Permata Kenyir Houseboat ; En Ibrahim kepada kru warga kerjanya serta diiringi bacaan doa agar dipermudahkan urusan sepanjang perjalanan menuju destinasi. |
|
Bersedia untuk memulakan percutian? yess, we've get go !!! |
Haa, disamping tu, mohle kita tinjau kelengkapan apa yang ada untuk pakej makan - makan atas houseboat nie...
|
set kelengkapan BBQ terjamin akan kebersihannya, umpan mengail dan sangkar ikan turut disediakan di atas houseboat. |
|
Sebelum sampai destinasi, santai-santai dulu cuci mata dengan keindahan Tasik Kenyir di bahagian deck atas houseboat.
|
Dah penat-penat jamu mata, part yang paling best adalah jamu perut lak... kat atas houseboat ni, customer boleh pilih samada nak masak sendiri (standard package) ataupun ambil pakej makan (special package) yang semestinya chef dan menu-menu istimewa disediakan.
Bayangkan , makan ramai-ramai sambil dikelilingi suasana keindahan tasik memang fuhhhhh ...
|
tengok tu, untuk customer yang decide untuk masak sendiri, tak perlu risau kerana semua peralatan memasak sudah cukup lengkap di houseboat. Peralatan seperti pinggan mangkuk, rice-cooker, periuk belanga dan sudip bagai sudah menanti sentuhan tangan anda. hehe... Meja dan kerusi untuk bersantap juga disediakan di ruang makan.
ini antara variasi santapan makan-makan kami untuk tengahari itu, dari menu masak lemak hinggalah pelengkap rasa; sambal belacan dan juga pencuci mulut seperti tapai dan tembikai... terbaikkk ~~
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
dah hampir sampai ke destinasi ... santai-santai hirup udara segar :)
sampai je, boleh lontar pancing ~~~
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- |
Cerita malam hari pula alkisahnya ~~ selain dari memancing, aktiviti untuk meningkatkan kerohanian juga boleh diadakan. Ruang jemaah untuk bersolat dan sesi kuliah terjamin akan keselesaannya untuk para pengunjung houseboat.
|
sesi kuliah maghrib disampaikan oleh Ustaz Din Al-bayasi. |
Day 2 : Jom throwback lagi ~~~
|
Morning ! nasi lemak santapan pagi ni. |
|
sambil-sambil makan, ikan dah makan umpan! lepas je isi perut, sesi mandi-manda bermula. |
|
bukan main seronok masing-masing berendam air sejuk! |
|
dah penat mandi, balik semula ke houseboat. |
Aktiviti malam ke-2, seperti biasa akan diadakan kuliah maghrib dan malamnya pula kami menikmati juadah BBQ. mehla tengok kemeriahan bermalam di houseboat pula... pasti menjanjikan kelainan dengan percutian di tempat lain.
|
semua berkumpul di hadapan deck houseboat dan khusyuk mendengar isi kuliah. |
|
BBQ session. memang best ! kanak-kanak pon terasa akan kemeriahannya. |
- Day 3 : Hari untuk bertolak pulang... hari ni merupakan penentuan pertandingan memancing bagi kategori berikut : Tangkapan Ikan Terawal & Tangkapan Ikan Terbesar . Oleh itu, bagi yang tidak menang bolehlah bergaya dengan tangkapan yang sudah ada. haha....
|
asst. capten boat : aring dengan hasil tangkapannya |
|
Post bersama hasil tangkapan. Nampaknya pemancing wanita turut menunjukkan minat & kebolehan dengan hasil tangkapan terkecil. ( tagline beliau : siapa kata wanita cantik tak boleh mancing ?) hihihii...... |
|
Luncheon for the last day : Nasi Ayam nyum3 ... |
Bila perut dah kenyang, bolehlah menyumbangkan suara masing-masing untuk sessi karaoke.
|
Bakal peserta Kilauan Emas 6 menunjukkan bakat masing-masing. |
Sementara sampai ke jeti Pengkalan Gawi untuk bertolak pulang, ambil kesempatan menyiang ikan-ikan yang diperolehi.
|
sebahagian rezeki yang diperolehi. Alhamdulillah ... |
Nampaknya setakat ini saja entri untuk kali ini, sehingga berjumpa lagi !